Saturday, May 25, 2013

Kolej Matrikulasi Labuan

Kali pertama jaa kaki aku menjejak nie kolej. Memang sudah terpahat lah dalam hati mahu dapat 4.00 tiap sem. Tapi kan. taim kami ada ceramah dari Ustad bollywood tuu ada satu nie macik2 pergi tegur aku. Dia tanya laah dari mana. Pastu x laama. berabis lagi dia kasitau yang Matriks nie susah. Bagus x payah masuklaa. Membazir masa ja. Tapi xpa. Kalau ada semangat dan azam kira 50 peratus sudah berjaya. :)

Nasib banyaaaaak juga kawan ex MRSM, Sikuati 2, sama kawan sekolah rendah dulu. hehe.
Tidaa apa bah nie. 2 tahun jaa tu aku di sana. Kuatkan semangat k. Tapi roomate aku ada satu orang jaa nie :( sunyilaaa bilik kami. huhu. Tandas blok c nie pun buruk gilaa. sangat2 grunge. Aku kira mahu pindah bilik. Tapi roomate aku x mau pula. Huhu. Nasib aku nie kirea baik laa juga mau kasi kawan dia. haha Perasan kau nie.

Okayy. Sesi foto pula yang berkata-kata.








Tuesday, May 14, 2013

Menanti yang tertulis untukku.

Alamak ! Gawat ! Aku diserang masalah cinta lagi ! 

Satu keluhan dilepaskan. Terasa bersimpul-simpul urat di otak ini memikirkan nasib diri yang sentiasa gagal dalam percintaan. Jatuh hati ? Ya, sudah berkali-kali terjadi pada aku. Patah hati ? Ya, tidak mampu dihitung dengan jari. Putus cinta ? Bagaikan serik sudah diri ini hendak melaluinya. 

Cinta pertamaku ? Indah, tetapi hanya pada permulaannya. Ketika itu, aku baru sahaja ingin berjinak-jinak dengan dunia percintaan ini. Semuanya begitu asing bagiku sehingga aku menjadi PANASARAN. Ya, PANASARAN. Bertemu di muka buku, ku jatuh hati padamu, bukan tak nak mengaku tapi hati rasa malu… ( pinjam lirik dulu ). Begitulah bagaimana hubungan persahabatan aku dan dia di laman sosial itu akhirnya berputik menjadi cinta. Andai bunga ditabur dengan baja yang berlebihan, lama-kelamaan bunga itu akan menjadi layu. Entah mana silapnya, hubungan itu putus di tengah jalan. Seteruk bagaimanapun pengakhiran hubungan aku dan dia, aku tetap berterima kasih pada dia. Kerana dialah insan yang pernah membuatku tersenyum dan gembira suatu ketika dahulu. 

Tatkala hati sedang berduka, muncul lah seorang pria yang menawarkan cinta. Kehadirannya seolah-olah membawa cahaya dalam kegelapanku. Pantas, hati ini terpaut pada dahan cintanya. Namun ternyata, ada sesetengah perkara yang aku tidak ketahui dalam alam percintaan ini. Butanya aku kerana tidak menyedari permainannya dari awal lagi. Di luar kesedaranku, rupa-rupanya kini pemangsa sedang memasang umpan untuk memerangkap si mangsa. Aku hampir terjerat! Niatnya kelihatan baik, namun di sebalik kebaikannya itu, terselindung seribu satu muslihat yang tidak mampu kubaca. Kata orang, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Tuhan Maha Penyayang, Dia menunjukkan aku jalan keluar dengan caranya yang tersendiri. Sungguh, aku tidak pernah bersendirian kerana Allah sentiasa menjagaku. 

Waktu terus berganti. Dalam diam, seorang sahabat telah menyatakan isi hatinya kepadaku. Puas aku dipujuk, namun kisah laluku menjadikan hatiku seakan-akan sukar untuk mempercayai kaum Adam. Bermacam-macam cara yang digunakan untuk meyakinkan hati Si Hawa ini, akhirnya aku mengalah juga. Kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Hampa. Bagaimana mungkin aku boleh terus bersama dengan seorang lelaki yang telah meninggalkan kekasihnya yang telah lama bersamanya hanya semata-mata untuk bersama dengan aku. Aku bukanlah Si Perampas. Sememangnya, jika seorang lelaki berani untuk berbuat kejam sedemikian terhadap kekasih lamanya, tidak mustahil perkara yang sama akan terjadi pada diriku. Dengan itu, aku meninggalkan dia sebelum aku yang ditinggalkan. Harga diri ini terlalu tinggi untuk dipersiakan oleh buaya darat seperti itu. 

Seekor kumbang telah berlalu pergi. Seekor kumbang yang lain datang untuk menagih kasih. Kesudahannya sama sahaja. Hampa. Kadang-kadang kurasakan kisah cinta ku ini ibarat gula-gula Sour Plus. Apabila manisnya telah habis, yang tinggal hanyalah masam. Soal hati dan perasaanku. Siapalah yang tahu melainkan Penciptaku sendiri. 

Cinta merupakan satu misteri dalam hidupku. Jujur, aku gemar berteka-teki, namun tidak apabila tiba soal cinta. Aku pernah tersepit kerana cinta. Aku pernah kecundang kerana cinta. Aku pernah terjatuh kerana mengejar cinta. Ah! Sudahlah! Akan kulupuskan cerita silam yang singgah dalam hidupku. Dan akan aku usaha selagi mampu untuk mencari cinta yang hakiki. Menjalani kehidupan mencari sebenar-benar hakikat cinta. 

Untuk ke sekian kalinya aku bertanya, aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Saturday, May 4, 2013

ABC diri saya :3



A- Available: I am single but not available. sehh.

B- Birthday: 23 Jun 
C- Crushing On: Crushing on my mr sushi.
D- Drink you last had: Fresh milk
E- Easiest person to talk to: Nazrin :)
F- Favorite song: How to love.
G- Grossest memory: Ermmmm. rahsia :p
H- Hometown: Kudat.
I- In love with: Nazrin.
J- Jealous of: Ahjeera Reveira.
K- Killed someone: No. Just semut, nyamuk, labah labah T.T
L- Longest friendship: with my elementary school's friend. Halima, Fadhilah,
M- Middle Name: Lila
N- Number of siblings: 6
O- One wish: Wishing to be pretty as a swan.
P- Person who called you last: Nazrin.
Q- Question you always asked: Jam berapa sudah? haha
R- Reason to smile: Nothing.
S- Song you last sang: Putih putih melati.
T- Time you woke up: 8.59 :p
U- Underwear color: XD haha
V- Violent moment you had: violent. killed a spider T.T
W- Worst habit: habit? haha. shhh biarlaa rahsia.
X- Xrays you had: taim dulu.
Y- Your last kiss: With my own phone haha
Z- Zodiac sign: Cancer :)

Aku cemburu. 22 tahun bergelar seorang guru.



Aku mau curhat bah nie. Aku sedih ndaa dapat tuu IPG punya interview :( Kawan aku dapat. IPG nie 5 tahun jaa beb kau dalam sana terus kau keluar jadi CIKGU DG41. fuhhh dapat degree terus keluar. best kan? tulaaaaaaa aku sedih nie...

Ada kawan aku tuu dia 17 tahun sekarang ambil SPM sama2 ngan aku.. dia dapat tuu IPG MATEMATIK. soooooo. confirm laaa umur 22 tahun Kena panggil cikgu sudaah siuk an? Boleh drive kereta. Ada gaji phiuhhhh bertambah2 laaa cemburu aku.

xpaaa. aku juga punya matlamat dan perancangan hidupku :)

Kepada kawan2 aku yang dapat temuduga IPG tuu good luck yaaa.

Temuduga UiTM TESL 2013

Assalammualaikum :)

Mahu cerita pasal pengalaman temuduga TESL. Saya orang sabah so, tempat temuduga saya di Uitm Kota Kinabalu.

Pada hari itu. Saya dengan excitednyaaaaa. Pakai baju kurung purple, tudung purple dan kasut purple. Haha. Sesampainyaa saja saya di depan pintu temuduga. Baru saya perasan saya jaa pakai kasut purple. What?! Punya saya tambah takut waktu tuu haha. Tapi setelah beberapa minit kemudian ada satu orang budak perempuan namanyaa suzanna. Dia pakai sandal. hehe. Fuhhh. leganyaa hati. Rupanya ada lagi teruk dari saya.

Tapi tidaa apa bah tuu kalau pakai kasut warna warni. Lagipun dia tiada menton pun perlu pakai kasut hitam.

Ok.

Interview nie kira interview santai. Jangan terlampau susah hati. Ok jaa nie. Kacang jee. Haha Bukan macam IPG punyaa yang ada baaaanyak stage interview. Interview nie ada 2 test.

Writing test.
Susahh nie writing test dia.. Lagi susah dari SPM. so hati hati kalau jawab yaa adik adik ^^.
Dia ada subjektif dan esei. esei tu hari tajuknyaa macam mana mau praktikkan leadership quality in and out of school. kalau past year punya. pasal facebook. xtau tahun 2014 pulaa.

Interview

Mula-mula masuk masuk pakai langkah kanan yaa. then baca doa penerang hati :)

saya punya situasi begini.

Interviewer: Ohh cantiknyaa baju kau pilih sendii ka? ( mestilaa dalam BI )
Saya: Yaaa thank you. ( Masih mode nervous) haha
Interviewer: What a lovely name that you have. Siti Soleha. What does it mean?
Saya: Dengan tersipu malunyaa haha. yaa thank u again. Its mean a good person. good daughter.
Interviewer: So do you think you are a good person?
Saya: Perhaps. My faher did gave me that name.
Interviewer: So tell me what is your good quality to be an english teacher?
Saya: My good quality. Haha. sebenarnyaa saya x tau nie mau cakap apaa. Biarlaa rahsiaa.
BahBlahBlahBlah......

Antara soalan lain dia tanya.

What do you know about TESL.
What is you hobby.
What else that you apply instead this TESL program.
Do you know about current issues.

Itulaaaa seja :)

Good luck yaa untuk yang tahun 2014 and so on pula :)

HOW TO LOVE



See, you had a lot of crooks tryna steal your heartNever really had luck, couldn't never figure outHow to love, how to loveYou had a lot of moments that didn't last forever